Melayu pada asalnya merupakan bangsa yang kuat dan mampu menakluki pelosok dunia.sejarah telah membuktikan bagaimana Melaka dapat meluaskan pengaruh jajahannya melingkari dan memanyungi asia tenggara. Sultan yang adil, berani serta betul2 mengamalkan ajaran islam menjadi kunci kejayaan Melayu pada zaman itu...
Namun apa yang terjadi pada masa kini? zaman moden yang penuh dengan IT,ICT,MSC dan pelbagai teknologi lagi,apa sudah jadi dengan melayu sekrang? masihkah gah berdiri seperti dahulu, ataupun tunduk tersungkur di bumi sendiri?Buka mata saudara sekalian, tengok sekeliling...bukan nak hina melayu,bukan nak cerca melayu, bukan nak herdik melayu,bukan nak marah melayu cuma jauh dilubuk hati ini perasaan kesal yang amat sangat bila Melayu itu LAYU dibumi sendiri.siapa yang me-layukan melayu sendiri?sudah tentulah Melayu itu sendiri.Kawan-kawan, jiran-jiran,pemimpin-pemimpin,abang-abang,adik-adik dan suku sakat itu sendiri yang melunyaikan melayu...jika ada anak melayu yang cuba bangkit, NAH!!!mulalah ada yang bercakap dibelakang "apa barang mamat tu,poyo je" "apalah ko,buat apa nak sambung belajar,buang masa je" "alaa..berniaga kejap aje tu,esok lusa bungkus laa jawabnya"...pernahkah saudara terdengar ungkapan yang tajam ini sesama melayu kita?sudah pasti pernah dan selalu
sangat diucapkan...kalau tak cakap depan dia cakap blakang...bukannya nak membina malah mahu menjatuhkan sesama sendiri pula...
Saya menghadiri taklimat GPMS "Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung" pada hari Khamis lepas (17/7/2008)...ada seorang panel memberikan kiasan perbandingan melayu dan jepun.
Malaysia Boleh.
"Pada suatu masa, Melayu dan Jepun ingin bertanding mengayuh perahu di sebatang sungai yang luas.Setiap perahu mempunyai seorang Komander dan Tujuh orang pendayung.Semua perjanjian telah dibuat antara Jepun dan Melayu untuk menjalankan pertandingan.Apabila hari yang dinanti sudah tiba, maka berlumbalah perahu Melayu dengan perahu Jepun..Tiba-tiba perahu Jepun dapat melintas perahu melayu sejauh 1 km..sungguh jauh ketinggalan perahu melayu...akhirnya perahu jepun menang..Sungguh pelik pasukan melayu dengan kekalahan yang mereka alami.Setelah mereka membuat kajian dan menyelidik dari setiap sudut dan penjuru mereka mendapat satu penemuan yang menakjubkan:
1) Pasukan jepun mempunyai satu komander yang memberi arahan kepada tujuh pendayung perahu yang menggerakkan perahu.
2)Pasukan melayu pula mempunyai tujuh komander yang memberi arahan dan hanya seorang yang mendayung perahu!!!
Laaaa...patutlah melayu kalah...tujuh orang rupanya yang jadi komander..semua gila kuasa, nak naik cepat,kerja malas..ish-ish -ish...Patutnya "MALAYSIA BOLEH", tapi jadinya "MALAYSIA mana BOLEH!"
SEKIAN, CAKAP YANG BENAR WALAU TERKADANG PAHIT.TAKBIR!!!
Paklah83
No comments:
Post a Comment